e-SPKB

 SOALAN LAZIM UNIT PELAKSANAAN : SISTEM eSPKB

1. ID PENGGUNA TIDAK SAH

Apakah perkara yang perlu diambil tindakan apabila keluar diskrin ID pengguna tidak sah?

Tindakan yang perlu diambil dengan mengisi borang JANM01 dan faks ke talian 04-7001021 atau hantar ke JANM Kedah untuk mengaktifkan capaian tamat tempoh. Pengguna boleh merujuk Laporan Jadual BV141-senarai pengguna di PTJ.

2. NO. KAD PENGENALAN TIADA DI PENGKALAN DATA

Apakah perkara yang perlu diambil tindakan apabila keluar diskrin no. kad pengenalan tiada di pengkalan data?

Tindakan yang perlu diambil mengisi borang JANM01 untuk permohonan baru dan faks atau hantar ke JANM Kedah.

3. NO. KAD PENGENALAN TIDAK SAH

Apakah tindakan yang perlu dilakukan apabila penyedia klik simpan Baucar Bayaran kemudian keluar mesej No. Kad Pengenalan tidak sah?

Penyedia perlu menyemak dan memastikan no. kad pengenalan penerima adalah betul seperti di maklumat penerima bayaran perseorangan modul bukan DCS.

4. AMAUN MESTILAH SAMA DENGAN HAD KUASA BELANJA

Apakah perkara yang perlu diambil tindakan apabila keluar diskrin amaun mestilah sama dengan had kuasa belanja apabila hendak buat perakuan?

Tindakan yang perlu diambil dengan cara pegawai pegawal di ptj memasukan had kuasa belanja di dalam sistem. Modul Penyelenggaraan, Had Kuasa Belanja, Cari berdasarkan Kad Pengenalan Pengguna.

5. APABILA PENYEDIA KLIK SIMPAN, PERUNTUKAN TIADA

Apabila klik simpan baucar bayaran keluar diskrin peruntukan tiada,sekiranya berlaku apa yang perlu dilakukan?

Kesilapan ini disebabkan ptj tersalah masuk kod pejabat perakaunan atau kod-kod yang lain.Pastikan ptj mengubah kod tersebut sebelum simpan.

6. BUTANG PERAKU 1 ATAU 2 TIDAK TIMBUL

Mengapakah butang Peraku 1 atau 2 tidak timbul di skrin?

Sekiranya butang Peraku 1 atau 2 tidak timbul ini bermakna pengguna tersebut tiada peranan di dalam capaian.

7. KAD PINTAR BLOCKED/DISEKAT

Keluar diskrin kad pintar diblocked apabila pengguna memasukkan no. pin kad pintar yang salah 3 kali.

Kad pintar yang kena blocked mesti di bawa oleh pegawai yang terlibat kad pintar tersebut ke unit helpdesk kedah bagi pembukaan block,sekiranya menghantar wakil yang datang bawa bersama surat pewakilan.

8. KAD PINTAR BARU, TAMAT TEMPOH, ROSAK ATAU HILANG

Apa perlu dilakukan apabila kad pintar tamat tempoh, rosak, hilang atau permohonan baru.

Pohon ptj supaya membuat permohonan kad pintar menggunakan Portal GPKI

9. ESPKB TIDAK BOLEH AKSES mesej ‘The page cannot be displayed’?

Apakah yang perlu dilakukan oleh PTJ apabila masuk sistem eSPKB dipaparkan mesej ‘The page cannot be displayed’?

Pastikan i-proxy (mangga) dan ivest gate (anak kunci) aktif di taskbar, sekiranya kedua-duanya di dapati tidak aktif, sila klik di program iVEST 4EG. atau Pastikan tarikh luput kad pintar pada kad masih aktif. atau klik di start-run-taip ping 10.60.0.194 -t kemudian klik open untuk melihat samada reply from atau selain daripada itu.Jika keluar arahan selain daripada reply from sila hubungi unit helpdesk kedah dan GITN.

10. i-SIGN TIDAK TIMBUL

Apakah yang perlu dilakukan apabila membuat perakuan butang i-sign tidak timbul?

Pengguna perlu klik run atau allow pada popup di bahagian atas skrin yang menunjukkan security warning.

11. MAKLUMAT PENERIMA BAYARAN PERSEORANGAN TIDAK AKTIF SIMBOL “T”

Apakah perlu dilakukan apabila penyedia membuat baucar bayaran dan klik simpan keluar mesej “pengguna tidak aktif”

Penyedia perlu minta peraku 2 aktifkan maklumat penerima bayaran perseorangan. Setelah diaktifkan akan dipaparkan simbol “Y”.

12. BAUCAR BAYARAN PESANAN TEMPATAN (PT) KUIRI OBJEK

Bagaimana cara untuk membatal baucar bayaran pesanan tempatan eSPKB yang dikuiri atas sebab objek?

Perkara yang perlu dilakukan ialah perakuan 2 akan membatalkan baucar bayaran,pesanan tempatan dan nota minta kemudian buat semula dalam invois tanpa PT dan pastikan terdapat catatan disenarai semak no pesanan tempatan dan sebab pembatalan dilakukan.

13. BAUCAR BAYARAN PESANAN TEMPATAN (PT) KUIRI PERIHAL, TARIKH INVOIS DAN SENARAI SEMAK

Bagaimana cara untuk membatal baucar bayaran pesanan tempatan espkb yang dikuiri atas kesilapan perihal, tarikh invois dan senarai semak tidak lengkap?

Bagi kes seperti ini, pohon perakuan 2 membatalkan baucar bayaran dan penyedia membuat semula baucar bayaran tersebut di modul baucar bayaran pesanan tempatan dengan menggunakan dokumen yang sama.

14. BAUCAR BAYARAN PESANAN TEMPATAN e-PEROLEHAN KUIRI SEBAB OBJEK

Bagaimana cara untuk membatal baucar bayaran pesanan tempatan eperolehan yang dikuiri atas sebab objek?

Perkara yang perlu dilakukan ialah perakuan 2 akan membatalkan baucar bayaran eperolehan,daftar bayaran ePerolehan dan pesanan tempatan eperolehan dalam sistem espkb kemudian sedia semula dalam invois tanpa PT dan pastikan masuk potongan commerce dot com dan pastikan juga terdapat catatan disenarai semak no pesanan tempatan dan sebab pembatalan dilakukan.

15. BAUCAR BAYARAN PESANAN TEMPATAN e-PEROLEHAN KUIRI PERIHAL, TARIKH INVOIS DAN SENARAI SEMAK

Bagaimana cara untuk membatal baucar bayaran pesanan tempatan eperolehan yang dikuiri atas perihal, tarikh invois dan senarai semak tidak lengkap?

Untuk kes ini,tindakan perakuan 2 membatal baucar bayaran dan daftar bayaran sahaja dan kemudian penyedia buat dalam daftar bayaran ep dan baucar bayaran ep secara manual dalam sistem espkb kemudian pastikan juga potongan commerce dot com dibuat semasa proses penyediaan baucar dan ditanda disenarai semak

16. BAUCAR BAYARAN DIKUIRI OLEH SISTEM

Masalah baucar bayaran dikuiri oleh sistem,apakah yang perlu dilakukan?

Baucar bayaran yang dikuiri oleh sistem dengan ralat tiada nama pegawai yang kuiri baucar tersebut,ptj hendaklah melaporkan perkara ini dalam unicentre dan attach document berkenaan dalam unicentre untuk tindakan selanjutnya.

17. LIABILITI DI PERTANYAAN BAKI TERKINI

Bagaimana cara penyelesaian apabila berlaku terdapat liabiliti di pertanyaan baki ?

Cara penyelesaianya dengan melaporkan perkara tersebut dalam kadar segera ke sistem unicentre dan attach bersama laporanBV381,pertanyaan baki,baucar bayaran untuk pihak EGAG mengambil tindakan selanjutnya.

18. KESILAPAN KUNCI MASUK WARAN PERUNTUKAN

Sekiranya berlaku kesilapan kod PTJ, Perihal, Amaun, Kod atau Peraku I dan II orang yang sama semasa mengunci masuk Waran Peruntukan. Apakah tindakan yang perlu dilakukan?

Klik modul waran peruntukan dibatalkan, penyedia klik tambah, cari waran tersebut, tanda senarai semak kemudian simpan. Seterusnya Peraku I dan Peraku II kemudian buat semula waran tersebut.

19. BUAT NOTA MINTA KELUAR MESEJ “PROSES DIBATALKAN, PERUNTUKAN TIADA”

Waran telah diterima dan telah dikunci masuk dalam espkb, tetapi apabila Nota Minta dibuat pesanan berikut dikeluarkan ” Proses Dibatalkan, Peruntukan Tiada”.

Sila semak Jab dan PTJ Mohon dan pastikan sama dengan JAB dan PTJ pembayar serta “Peruntukan dimasukira kepada akaun-akaun dibawah” sama antara Nota minta dan Waran Peruntukan yang sedia ada.

20. PERAKU 2 WARAN KELUAR MESEJ “PROSES DIBATALKAN, PERUNTUKAN TIADA”

Apakah yang perlu dilakukan apabila Perakuan II tidak dapat dibuat disebabkan paparan mesej “Proses Dibatalkan. Peruntukan Tiada” apabila PTJ mengunci masuk maklumat waran peruntukan yang diterima?

Masalah ini berkaitan dengan modul yang dipilih. PTJ perlu menggunakan modul yang betul iaitu sama ada modul “Waran Peruntukan Asal” digunakan jika waran yang diterima belum pernah dikunci masuk ke dalam sistem eSPKB ; dan Modul “Waran Peruntukan Tambahan” digunakan jika PTJ menerima waran tambahan bagi vot/aktiviti yang sama telah diterima dan dikunci masuk ke dalam sistem Espkb.

** Mutiara Kata **

Arkib Simpanan

احد
28 Safar 1436
Now : Isha (20:19)
Next : Imsak (05:48)

Jumlah Pengunjung