Arkib Berita

Kalendar Berita

October 2012
M T W T F S S
« Aug   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Monthly Archives: October 2012

Salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan kepada semua unit, pihak JPJ akan membuat lawatan 5s ke pejabat pada 12.10.2012. Justeru itu satu gotong-royong akan diadakan pada hari dan esok seperti berikut:-

  • Tarikh :  10 Oktober 2012 (Hari ini)
  • Masa   :  10.30am
  • Aktiviti :  1)  Mengemas / membersihkan RUANG KERJA masing-masing .

                                 2) Mengembalikan dokumen, fail & peralatan yang tidak digunakan ke stor / rak fail.

 

  • Tarikh : 11 Oktober 2012
  • Masa   :  9.00am
  • Aktiviti :    1) Mengemaskini tagging & labeling di zon masing-masing.

                                   2) Mengemaskini Sudut Zon  masing-masing

                                  3) Membuat pemeriksaan / ke atas sistem fail (Rak, Kabinet Besi, Almari & Stor)

Diminta semua kakitangan memberikan kerjasama bagi memastikan gotong-royong dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sekian, terima kasih

Marylin Wong,

Unit Promosi 5s JANM Cawangan Keningau.

Salam sejahtera,

Memandangkan setiap PC pegawai telahpun dilengkapi dengan perisian Antivirus Panda, mohon kerjasama kepada pegawai agar melakukan SCAN Virus terhadap PEN DRIVE terlebih dahulu sebelum membuka maklumat fail didalam PEN DRIVE. Untuk makluman kepada pegawai juga, Antivirus Panda ini amat sensitif kepada jenis-jenis fail yang dikategorikan sebagai malware, worm, trojan horse dan lain-lain lagi. Fail berkenaan akan secara terus dikuarantinkan dan fail tidak dapat dibuka atau digunakan lagi.

Diharapkan semua pegawai dapat mengambil maklum tentang hal ini dan senantiasa memastikan PEN DRIVE / External HD pegawai bebas dari virus. Pegawai boleh menghubungi kepada pihak Unit IT jika terdapat sebarang pertanyaan.

Sekian, terima kasih.

Unit IT, JANM Keningau

Salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan kepada semua pegawai JANM Keningau agar dapat menghadirkan diri ke dalam mesyuarat berkenaan dengan persiapan Hari Inovasi JANM Sabah 2012 memandangkan pejabat kita telah dipilih untuk menganjurkan majlis tersebut di peringkat negeri sabah. Sila rujuk tempat dan masa mesyuarat dibawah:

  • Tarikh : 04 Oktober 2012
  • Tempat : Bilik Mesyuarat Bangunan Persekutuan
  • Masa : 10.00 am

Mohon kepada semua pegawai JANM Keningau agar dapat memberi kerjasama untuk menghadiri mesyuarat ini dan seterusnya menjayakan Majlis Hari Inovasi JANM Sabah 2012 dengan lancar.

Sekian, Terima Kasih

Unit Pentadbiran, JANM Keningau

Pautan Luar


Bilangan pengunjung setakat ini