Jun 29 2015

Penggunaan kod potongan gaji dan kutipan balik emolument terlebih bayar

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas. Adalah dimaklumkan keputusan mesyuarat pengarah dan ketua akauntan (MPKA) bil 1/2015 pada 23 mac 2015 di Kuching,Sarawak dimana penggunaan kod potongan gaji melalui sistem HRPAY yang melibatkan kod-kod di bawah hendaklah dilakukan mengikut proses seperti di lampiran.

lampiran 1.

Permanent link to this article: http://portalpp.anm.gov.my/labuan/?p=4039

Jun 29 2015

Penggunaan Token Pada eSPKB

Untuk makluman, penambahbaikan penggunaan token pada sistem eSPKB telah dihantar untuk deployment  pada 23 Januari 2015. Sehubungan itu, eSPKB kini boleh dicapai menggunakan kad pintar dan token.

Bagi membolehkan token dapat digunakan,  Agen GPKI hendaklah di install di setiap komputer masing –masing.

Perisian Agen GPKI boleh dimuat turun di  https://gpki.mampu.gov.my/govpki/link-perisian.jsp

Panduan Pemasangan Agen GPKI 2.0 di https://gpki.mampu.gov.my/govpki/link-manual.jsp

Untuk makluman, semua permohonan pembaharuan kad pintar selepas tarikh ini akan digantikan dengan token.

Semua permohonan baru dan pembaharuan kad pintar kepada token hendaklah dibuat secara online melalui portal GPKI berkuatkuasa 16 Februari 2015. Sebarang permohonan secara manual tidak akan dipertimbangkan.

Bagi pengguna yang mempunyai kedua-dua kad pintar dan token, dan  kad pintarnya telah tamat tempoh manakala token masih belum tamat tempoh, maka tidak memerlukan permohonan pembaharuan kad tersebut kepada token.

Sekian, terima kasih

Helpdesk PPPA
17 Jun 2015

Permanent link to this article: http://portalpp.anm.gov.my/labuan/?p=4037

May 29 2015

LARANGAN PERWAKILAN KUASA BAGI PERMOHONAN MEMBUKA SEKATAN PIN KAD PINTAR DAN SIJIL DIGITAL TOKEN

Salam sejahtera,

Untuk makluman tuan/puan, perwakilan kuasa bagi permohonan membuka sekatan pin kad pintar dan sijil digital token adalah TIDAK DIBENARKAN.

Bagi menjaga dan mengawal tahap keselamatan penggunaan kad pintar dan sijil digital token sebagai salah satu Prasarana Kekunci Awam Kerajaan (Government Public Key Infrustructure), sebarang permohonan membuka sekatan kad pintar dan token hanya boleh dihantar dan diambil semula oleh pemilik itu sendiri.

Jika ada pertanyaan sila hubungi Unit Teknologi Maklumat JANM Labuan.

Sekian, terima kasih.

Permanent link to this article: http://portalpp.anm.gov.my/labuan/?p=3908

Oct 20 2014

MAKLUMAN PENANGGUHAN LATIHAN 1GFMAS EEU BAGI SIRI KE 4 HINGGA SIRI KE 7

makluman penangguhan latihan 1GFMAS untuk Expert and User (EEU) di pusat tanggung jawab (PTJ) bagi siri ke 4 hingga siri ke 7 ditangguhkan sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan, Sekian

http://portalpp.anm.gov.my/labuan/wp-content/uploads/2014/10/MAKLUMAN-PENANGGUHAN-LATIHAN-1GFMAS-UNTUK-EEU.pdf

 

Permanent link to this article: http://portalpp.anm.gov.my/labuan/?p=3594

Jul 24 2014

PENGGUNAAN ENKRIPSI EMEL RASMI JANM

          Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan ,  emel rasmi JANM kini mempunyai kemudahan enkripsi (encryption) selaras dengan Dasar Keselamatan ICT JANM, perkara 0504 iaitu penghantaran maklumat terperingkat / dokumen rahsia rasmi yang disediakan dan dihantar secara elektronik hendaklah menggunakan kaedah enkripsi (encryption) dan perkara ini telah dimaklumkan dalam Mesyuarat JPICT JANM Bil. 3 Tahun 2014 pada 9 Julai 2014.
       Manual Pengguna Enkripsi Emel boleh di muat turun melalui Portal Rasmi JANM > Tatacara & Panduan > Tatacara Penggunaan Emel Secara Berkesan > Manual Enkripsi Emel

Permanent link to this article: http://portalpp.anm.gov.my/labuan/?p=3517

Jun 24 2014

MAKLUMAN UNTUK WARGA JANM W.P LABUAN

Sukacita dimaklumkan bahawa group e-mail Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP) ditukar daripada bpoc@anm.gov.my kepada bpopp@anm.gov.my berkuatkuasa pada 19 Jun 2014 (Khamis).

Permanent link to this article: http://portalpp.anm.gov.my/labuan/?p=3361