↑ Return to Kelab KESAN

Print this Page

Penaung Kelab Kesan

Bismillahhirahmanirahim

Assalammualaikum w.b.t, salam 1 Malaysia dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya bagi pihak KESAN ingin mengucap ribuan terimakasih kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Labuan kerana memberikan sedikit ruang kepada KESAN untuk menyelitkan laporan aktiviti kelab.

Tujuan utama penubuhan kelab ini adalah untuk menjadi wadah yang terbaik bagi warga jabatan dan keluarga untuk mengadakan kegiatan-kegiatan diluar dari tugas rasmi seperti sukan, kebajikan dan sosial yang lain. Adalah menjadi harapan kita dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti ini akan dapat mengujudkan semangat kerjasama dan kekeluargaan disamping dapat mengeratkan lagi silaturahim antara ahli dan keluarga.

Sehubungan dengan ini KESAN dalam beberapa tahun ini telah berusaha supaya objektif penubuhanya tercapai dan kesinambungan serta legasi pengurusan dan perancangan KESAN sebelum ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya merasa cukup yakin dengan kerjasama semua ahli samada secara langsung atau tidak langsung semua masalah dan kekangan yang dihadapi akan dapat diatasi.

Saya juga berharap kerjasama sediada dikalangan ahli ini akan dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi. Kelab KESAN ini adalah kelab kita dan kitalah yang akan menentukan maju dan mundurnya.

Akhir sekali saya ingin merakamkan ucapan ribuan terimakasih kepada semua ahli atas sumbangan yang telah diberikan dalam memajukan kelab KESAN.

 

Sekian, terima kasih.

Wasalam.

Permanent link to this article: http://portalpp.anm.gov.my/labuan/kelab-kesan-3/penaung-kelab-kesan/