Unit Wang Tak Dituntut

OBJEKTIF / FUNGSI UNIT WANG TAK DITUNTUT

  1. Memperluaskan kefahaman berhubung peruntukan Akta Wang Tak Dituntut 1965 kepada syarikat / entiti.
  2. Membantu menjelaskan peranan dan tugas Pendaftar sebagai pemegang amanah terhadap wang tak dituntut.
  3. Membantu dan memberi khidmat nasihat kepada syarikat / entiti berhubung hal- hal wang tak dituntut.
  4. Memastikan syarikat / entiti menyerahkan Wang Tak Dituntut kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.
  5. Menjalankan pemeriksaan ke atas syarikat – syarikat bagi memastikan kepatuhan terhadap Akta Wang Tak Dituntut 1965.

Penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965

Akauntan Negara Malaysia dilantik oleh Menteri Kewangan sebagai Pendaftar berkuatkuasa mulai 1 Jun 1975.

  • Syarikat yang ditubuhkan di bawah peruntukan Akta Syarikat 1965, termasuk syarikat asing yang ditetapkan di bawah Bab 2 Bahagian XI Akta tersebut;
  • Lembaga yang ditubuhkan untuk menguruskan kumpulan wang berkaitan dengan faedah-faedah persaraan;
  • Pertubuhan dan koperasi yang didaftarkan;
  • Perbadanan, pihak berkuasa awam dan kesatuan sekerja; dan
  • Firma iaitu pihak-pihak yang bersatu bagi menjalankan perniagaan.

Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

  • Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • Dividen;
  • Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh(7) tahun.

  • Akaun simpanan;
  • Akaun semasa;
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.

  • Akaun pemiutang dagangan
  • Akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Untuk Serahan Wang Tak Dituntut:

  • Borang UMA-3 – Daftar Wang Tak Dituntut
  • Borang UMA-4 – Borang Serahan Wang Tak Dituntut dengan Borang UMA-3

Untuk Tuntutan Bayaran Balik Wang Tak Dituntut:

  • Borang UMA-7 – Borang Permohonan Bayaran Balik Wang Tak Dituntut
  • Borang UMA-8 – Bon Tanggung Rugi

Sekiranya terdapat wang tak dituntut dalam simpanan pihak syarikat, pihak syarikat perlu menyediakan dokumen – dokumen seperti di bawah untuk diserahkan kepada Pendaftar dan juga untuk diwartakan.

  • 4 salinan Borang UMA-3
  • 3 salinan Borang UMA-4
  • Cek (untuk jumlah keseluruhan) atas nama “AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA”
Prosedur Serahan

Klik Untuk Zoom

Tuntutan oleh individu

Dokumen wajib untuk dikemukakan kepada pejabat Pendaftar ialah:

  • 1 salinan borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani;
  • Dokumen asal yang menunjukkan hak kepunyaan wang yang dituntut; (contohnya: buku akaun bank, waran dividen atau surat pengesahan daripada pihak yang menghantar wang tak dituntut);
  • Salinan fotostat kad pengenalan pemohon atau pasport bagi warga asing yang tidak mempunyai kad pengenalan;
  • Salinan buku / penyata akaun bank tempatan yang masih aktif.

Tuntutan oleh syarikat / firma / pertubuhan

Dokumen wajib untuk dikemukakan kepada pejabat Pendaftar ialah:

  • Borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh pegawai organisasi (sila turunkan cop rasmi syarikat & pegawai berkenaan di ruangan tandatangan)
  • Salinan sijil pendaftaran organisasi yang disahkan;
  • Dokumen asal atau surat pengesahan asal dari syarikat yang menyerahkan WTD; (contohnya: salinan asal UMA-3 & UMA-4)
  • Salinan buku / penyata akaun bank tempatan yang masih aktif bagi organisasi serta disahkan (Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun organisasi melalui EFT).

Tuntutan bagi wang tersilap dihantar kepada Pendaftar

Dokumen wajib untuk dikemukakan kepada pejabat Pendaftar ialah:

  • Borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh pegawai syarikat (sila turunkan cop rasmi syarikat & pegawai berkenaan di ruangan tandatangan);
  • Salinan sijil pendaftaran syarikat yang disahkan;
  • Surat alasan dari syarikat yang menyatakan kesilapan semasa serahan WTD (mempunyai kepala surat)
  • Salinan penyata bank yang masih aktif bagi syarikat serta disahkan;
  • Borang UMA-8 (Bon Tanggung Rugi) yang lengkap diisi oleh pegawai syarikat dan dimatikan setem hasil RM10 oleh LHDN;