Print this Page

Profil Akauntan Negara

PROFIL AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

 

YBHG. DATUK WAN SELAMAH BINTI WAN SULAIMAN

              Anak kelahiran Muar, Johor ini dilahirkan pada 18 Disember 1954. YBhg. Datuk memperolehi kelulusan dari Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), United Kingdom dan bermula dengan kursus asas ACCA di Institut Teknologi MARA (sekarang dikenali sebagai UiTM), YBhg. Datuk seterusnya ke City of Birmingham Polytechnic untuk menyempurnakan pengajian. YBhg.Datuk juga adalah pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1992. YBhg. Datuk mula berkhidmat dengan Kerajaan sejak tahun 1978 dengan pelantikan pertama sebagai Akauntan di Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ditukarkan ke Kementerian Pertahanan Malaysia pada tahun 1983. Pada tahun 1984, YBhg. Datuk dinaikkan pangkat sebagai Akauntan Kanan di Bahagian Projek Perakaunan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Setelah berkhidmat selama hampir enam tahun, YBhg. Datuk dipindahkan ke Bahagian Pengurusan Kumpulan Wang Amanah Pencen, JANM (sekarang dikenali sebagai Kumpulan Wang Persaraan [Diperbadankan]) selama hampir 7 tahun sebelum ditukarkan ke Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, JANM mulai tahun 2000. Pada tahun 2004, YBhg. Datuk dilantik untuk mengetuai Seksyen Khidmat Perunding, JANM sehingga 1 Oktober 2008. Seterusnya YBhg. Datuk telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi, JANM mulai 2 Oktober 2008 sehingga 15 Disember 2009.  Pada 16 Disember 2009, YBhg. Datuk dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Akauntan Negara (Korporat). Akhirnya, YBhg. Datuk mendapat mandat untuk menerajui Jabatan Akauntan Negara sebagai Akauntan NegaraMalaysiamulai 29 November 2010 sehingga sekarang.

Pada masa kini, YBhg. Datuk merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Guru, JKP Sdn. Bhd. dan juga Syarikat Prasarana Negara Berhad. YBhg. Datuk juga merupakan ahli ACCA Malaysia Advisory Committee (MAC) dan ACCA (UK) Public Sector Technical Committee.

YBhg. Datuk telah dikurniakan Darjah Kebesaran Kesatria Mangku Negara (KMN) pada tahun 2006, Darjah Kebesaran Johan Mahkota (Wilayah Persekutuan) tahun 2010, Darjah Kebesaran Setia Mahkota Yang Amat Terbilang (BSK) (Kelantan) tahun 2010 dan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara pada tahun 2011.

AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Permanent link to this article: http://portalpp.anm.gov.my/perak/?page_id=484

Sesuai dipapar menggunakan browser yang versi terbaru

Internet Explorer 7.0 dan ke atas Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas Google Chrome

dengan resolusi 1024 X 768 dan ke atas.

Slider by webdesign