Bayaran Kenaikan Gaji 7% – 13%

Assalamuaalaikum wrh wbh dan Selamat Sejahtera

Tuan/ Puan

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada mesyuarat Bayaran Kenaikan Gaji 7% sehingga 13% yang telah diadakan pada 31 Mei 2012 di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Putrajaya yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPM.

2.  Dimaklumkan bahawa mesyuarat memutuskan supaya penjawat awam di bawah KPM yang masih belum menerima tunggakan dan gaji baru sehingga kini, dibayar tunggakan dari Januari hingga Mei 2012 melalui baucar bayaran berasingan dan perlu dibayar DENGAN SEGERA (arahan KSN) . Manakala perubahan gaji baru dibuat semasa pembayaran gaji bulan Jun 2012. Tindakan ini juga adalah untuk semua penjawat awam yang lain.

KPM akan memaklumkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk tindakan selanjutnya.

3.  Kerjasama dan tindakan awal tuan/ puan untuk menyegerakan bayaran didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Inovasi Ke Arah Perakaunan Akruan”

Saya yang menurut perintah

Pengarah
JANM Perlis

Post expires at 1:0000:47am on Wednesday 20th June , 2012

Both comments and pings are currently closed.

Comments are closed.

Dikemaskini Oleh Team Portal JANM Perlis

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman


PENAFIAN:
JANM Perlis tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan
yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Sesuai dipapar menggunakan
Mozilla Firefox versi 3 ke atas atau Internet Explorer versi 7 ke atas (dengan resolusi 1024x768).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Keterangan gambar : Kompleks SUK Perlis