KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMBUDAYAAN NILAI-NILAI MURNI DAN INTEGRITI DI KALANGAN WARGA JANM TAHUN 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, 

Untuk makluman YBhg Dato’/Datin/tuan/puan, Pelan Integriti JANM 2010-2013 telah digubal untuk menjadikan JANM sebuah institusi yang cemerlang dalam aspek pembudayaan nilai-nilai murni dan integriti. Pelan ini menggariskan strategi dan program ke arah menyemarakkan pembudayaan akhlak, etika dan integriti dalam semua aspek pelaksanaan tugas dan penyampaian perkhidmatan kepada stakeholder dan pelanggan.

Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap pembudayaan nilai-nilai murni dan integriti di kalangan warga JANM. Penemuan daripada kajian ini amat berguna dalam membantu pihak pengurusan merancang dan melaksanakan program yang bersesuaian di masa hadapan.

Sehubungan itu, sukacita sekiranya YBhg. Datuk/Dato´/Datin/tuan/puan dapat memberi kerjasama dengan  mengisi dan menjawab soal selidik ini secara atas talian (online) mulai 27 Ogos 2013 sehingga 17 September 2013 melalui hyperlink http://portal.anm.gov.my/anm_app/pijanm/index.php .Segala maklumat yang diberi akan dirahsiakan dan hanya angka-angka umum sahaja akan dianalisis dan digunakan bagi tujuan penyediaan laporan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada:

 

1.    Puan Rosenida Binti Abdul Rahman
      No.Telefon:    : 03-8882 1038
      Emel    : rosenida@anm.gov.my
           
2.    Cik Sarifah Izura Binti Syed Aris
      No.Telefon:    : 03-8882 1090
      Emel    : izura.aris@anm.gov.my

 

Kerjasama YBhg. Datuk/Dato´/Datin/tuan/puan dalam menjayakan kajian ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Both comments and pings are currently closed.

Comments are closed.

Dikemaskini Oleh Team Portal JANM Perlis

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman


PENAFIAN:
JANM Perlis tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan
yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Sesuai dipapar menggunakan
Mozilla Firefox versi 3 ke atas atau Internet Explorer versi 7 ke atas (dengan resolusi 1024x768).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Keterangan gambar : Kompleks SUK Perlis