BUTIRAN PEMBAYARAN MELALUI EFT KEPADA KERAJAAN NEGERI SARAWAK

Semua PTJ 
di bawah selian JANM Negeri Sarawak
BUTIRAN PEMBAYARAN MELALUI EFT KEPADA KERAJAAN NEGERI SARAWA
Dengan hormatnya saya merujuk kepada surat dari Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak nombor rujukan TRY:203106/FUND/(Vol.4)/47 bertarikh 27 April 2016 dan  perkara tersebut di atas.
 
2.         Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak adalah merupakan penerima bayaran bagi pembayaran sewa ekonomi, bayaran bil air dan penyaluran dana dari PTJ Persekutuan di seluruh Malaysia.  Namun demikian, kami difahamkan oleh  Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak (JPNS) bahawa pihaknya sukar mengenalpasti maklumat pembayar disebabkan maklumat pembayaran gagal diterima melalui email jabatan kerana kemungkinan alamat email sedia ada telah berubah. 
3.      Oleh yang demikian, semua PTJ dinasihatkan untuk mengemaskini email rasmi Kerajaan Negeri Sarawak di maklumat penerima bayaran eSPKB sebelum baucar bayaran disediakan.  
Klik sini untuk pautan surat email kerajaan negeri sarawak
 
Sekian, terima kasih.
 

KPP(O)


PERUBAHAN KOD BANK BAGI BANK SIMPANAN NASIONAL-SPI

Dimaklumkan bahawa, mulai 3 Mei 2016 Kod swift bagi BANK SIMPANAN NASIONAL -SPI telah dipinda dari BSNA9999 ke BSNAMY21.

Perubahan kod bank ini telah di ALE ke semua Pejabat Perakaunan berkuatkuasa serta merta. Oleh yang demikian, mulai 3 Mei 2016 pengguna diminta untuk menggunakan kod bank yang baru bagi setiap transaksi Bank Simpanan Nasional – SPI. Antara yang terlibat adalah proses bayaran melalui Electronic Fund Transfer (EFT) bagi akaun Gaji EFT BSN dan juga semua pembayaran kepada Akaun Bank BSN (Islamic) seperti pembayaran APC, SSP, BSN dan lain-lain.

Unit Akaun
JANM Negeri Sarawak


PENGGUNAAN WARAN UDARA MANUAL DAN LPO MANUAL

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Kepada semua PTJ

Tuan , puan
Untuk makluman disebabkan masalah system e-spkb, sekiranya PTJ memerlukan pengeluaran Pesanan Kerajaan ( LPO) yang segera PTJ dibenarkan menggunakan LPO manual dan waran udara manual sehingga hari Ahad 24 April sahaja.  Manakala untuk waran peruntukan yang diterima pada hari rabu 20 April 2016 sehingga 22 April 2016 , PTJ boleh menghantar waran peruntukan manual ke JANM untuk di kunci masuk sebelum pesanan kerajaan dikeluarkan,

sila cetak maklumat ini untuk dikepilkan bersama-sama dokumen manual . PTJ dinasihatkan untuk log in e-spkb sekiranya system telah boleh digunakan semula , tiada lagi dokumen manual diberikan..

klik disini untuk cetak


MASALAH SISTEM e-SPKB

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Kepada semua PTJ.

Tuan/Puan, Untuk makluman, Server ESPKB di AG Kuching masih belum dapat berfungsi sepenuhnya. Oleh itu sistem ESPKB belum dapat di akses. Penggantian Power Supply dan Fiber Adapter Card sudah di ganti untuk DB ( Database ) Server tapi setelah di periksa secara teliti oleh En.Vincent (Vendor), mendapati Fiber adapter card dan Storage untuk Application Server mempunyai masalah yang sama. Disebabkan hardware/peralatan tidak mencukupi, penggantian peralatan akan di sambung semula hari ini, pada tengah hari atau petang Jumaat 22 April 2016.

Harap maaf di atas segala kesulitan yang berlaku dan masalah ini akan cuba ditangani/ diatasi secepat mungkin. Harap maklum.

Unit ICT JANM Negeri Sarawak.