FUNGSI JABATAN

Piagam Pelanggan 

  • Memproses bayaran EFT / mengeluarkan cek dalam tempoh empat (4) hari kalender daripada tarikh baucar bayaran yang lengkap dengan dokumen sokongan diterima daripada jabatan Kerajaan;
  • Pembayaran gaji bulanan anggota Kerajaan Persekutuan dibuat pada tarikh yang dtetapkan; dan
  • Mengakaunkan terimaan dan mengeluarkan resit rasmi dalam tempoh tiga (3) hari kalender daripada tarikh penyata pemungut diterima.

 

Fungsi Pejabat Perakaunan

  • Memberi khidmat perundingan dari segi latihan, pelaksanaan, naziran, audit terimaan dan khidmat nasihat;
  • Menguruskan urusan semakan dan bayaran termasuk pengurusan cek/ EFT;
  • Mengurus operasi sistem dan segala urusan yang berkaitan gaji;
  • Menguruskan operasi dari segi penyelenggaraan akaun, pengurusan terimaan, panjar, dana, amanah dan deposit serta akaun subsidiari;
  • Pengurusan teknologi maklumat iaitu sebagai pentadbir sistem aplikasi dan memberi bantuan teknikal; dan
  • Mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965.

 

 Objektif Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sarawak

  • Mengadakan perkhidmatan pembayaran kepada semua Jabatan Kerajaan Persekutuan di Bahagian Kuching dan Kota Samarahan.
  • Mengadakan perkhidmatan perakaunan pungutan / terimaan Kerajaan Persekutuan yang dibuat oleh jabatan-jabatan di Bahagian Kuching dan Kota Samarahan serta mengeluarkan resit ke atas kutipan tersebut.
  • Memproses pembayaran gaji bagi semua Kakitangan Kerajaan Persekutuan termasuk menguruskan potongan-potongan wajib dan lain – lain potongan dalam masa yang ditetapkan.
  • Memberikan perkhidmatan maklumat kewangan kepada pihak pengurusan, khususnya Pusat-Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Jabatan-Jabatan dari Bahagian Kuching dan Kota Samarahan.
  • Memberikan perkhidmatan bantuan, nasihat dan kawalan ke atas Jabatan-jabatan supaya mematuhi segala prosedur dan rekod perakaunan yang ditetapkan.
  • Sebagai ‘Lead Agency’ bagi pelaksanaan eSPKB bagi PTJ di Bahagian Kuching dan Kota Samarahan.
  • Memberi perkhidmatan tunjuk ajar, latihan dan khidmat nasihat PTJ yang melaksana eSPKB.
  • Menjalankan tugas naziran bagi semua PTJ yang telah melaksana  eSPKB.
  • Membantu urusan serahan / permohonan bayaran balik Wang Tak Dituntut untuk diproses oleh Bahagian Pengurusan Amanah dan Sekuriti, Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
  • Mengadakan lawatan inspektorat / taklimat berkaitan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965 ke atas entiti yang terpilih.