LATAR BELAKANG

Latar Belakang JANM NEGERI SARAWAK

 

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) pada mulanya merupakan sebuah bahagian di bawah Kementerian Kewangan dan telah ditubuhkan pada tahun 1946.  Ketika itu operasi lebih tertumpu kepada pengawalan dan pengurusan keperluan perakaunan negara.

JANM bertanggungjawab menyelenggara Sistem Pengurusan Perakaunan dan Kewangan Kerajaan Malaysia.  JANM merupakan salah sebuah agensi yang memainkan peranan penting dalam akauntabiliti kewangan Kerajaan Persekutuan.  Waran Am yang diterima selepas sesi pembentangan bajet di Parlimen merupakan amanah penting Pengurusan Sistem Perakaunan dan Kewangan Kerajaan. Justeru tanggungjawab dan cabaran yang semakin kompleks, JANM berkembang sebagai organisasi yang mantap dan profesional.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sarawak mulanya dikenali sebagai Jabatan Akauntan Negara Cawangan Kuching. Semenjak mengambil alih fungsi-fungsi pembayaran dari Pejabat Akauntan Negeri Sarawak mulai 1 Julai 1979, nama Unit Akaun Persekutuan (PKP) tidak lagi sesuai digunakan kerana operasi perakaunan tidak lagi diturunkan kuasa.Kuasa yang diperturunkan kepada PKP bagi tugas-tugas pentadbiran dan personel juga telah ditarik balik pada 1 Mac 1980 dan mulai tarikh tersebut , JANM Cawangan Kuching telah beroperasi sepenuhnya sebagai sebuah jabatan yang berasingan dan mewakili fungsi serta peranan ANM Sarawak.

Peningkatan keperluan perakaunan dan kewangan telah mendorong penubuhan pejabat cawangan secara berperingkat.  Tujuan penubuhan cawangan adalah untuk mendekatkan perkhidmatan akauntan kepada jabatan-jabatan pelanggan.Terdapat beberapa cawangan di setiap bahagian di Negeri Sarawak antaranya:-

1. JANM CAW. Sri aman

2. JANM CAW. Sarikei

3. JANM CAW.Sibu

4. JANM CAW.Kapit

5. JANM CAW.Bintulu

6. JANM CAW.Miri

7. JANM CAW.Limbang



Comments Off