PINDAAN TARIKH PEPERIKSAAN BAYARAN INSENTIF TUGAS KEWANGAN (BITK) JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA TAHUN 2016

          Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016: Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia telah dikeluarkan pada 07 April 2016, Peperiksaan BITK anjuran JANM Tahun 2016 yang telah dijadualkan pada 15 Jun 2016 akan ditunda pada 28 September 2016 (Rabu) dan semua permohonan untuk menduduki peperiksaan yang telah dibuka pada 22 Februari 2016 adalah terbatal.
Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan amatlah diharapkan agar dapat memaklumkan perkara ini kepada semua calon di agensi dan Badan Berkanun seliaan kementerian atau jabatan YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan yang layak menduduki peperiksaan untuk membuat permohonan baharu secara dalam talian melalui portal rasmi JANM yang akan dibuka pada 11 Julai 2016 dan ditutup pada 22 Julai 2016.
Untuk maklumat lanjut sila klik disini.

BUTIRAN PEMBAYARAN MELALUI EFT KEPADA KERAJAAN NEGERI SARAWAK

Semua PTJ 
di bawah selian JANM Negeri Sarawak
BUTIRAN PEMBAYARAN MELALUI EFT KEPADA KERAJAAN NEGERI SARAWA
Dengan hormatnya saya merujuk kepada surat dari Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak nombor rujukan TRY:203106/FUND/(Vol.4)/47 bertarikh 27 April 2016 dan  perkara tersebut di atas.
 
2.         Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak adalah merupakan penerima bayaran bagi pembayaran sewa ekonomi, bayaran bil air dan penyaluran dana dari PTJ Persekutuan di seluruh Malaysia.  Namun demikian, kami difahamkan oleh  Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak (JPNS) bahawa pihaknya sukar mengenalpasti maklumat pembayar disebabkan maklumat pembayaran gagal diterima melalui email jabatan kerana kemungkinan alamat email sedia ada telah berubah. 
3.      Oleh yang demikian, semua PTJ dinasihatkan untuk mengemaskini email rasmi Kerajaan Negeri Sarawak di maklumat penerima bayaran eSPKB sebelum baucar bayaran disediakan.  
Klik sini untuk pautan surat email kerajaan negeri sarawak
 
Sekian, terima kasih.
 

KPP(O)


PERUBAHAN KOD BANK BAGI BANK SIMPANAN NASIONAL-SPI

Dimaklumkan bahawa, mulai 3 Mei 2016 Kod swift bagi BANK SIMPANAN NASIONAL -SPI telah dipinda dari BSNA9999 ke BSNAMY21.

Perubahan kod bank ini telah di ALE ke semua Pejabat Perakaunan berkuatkuasa serta merta. Oleh yang demikian, mulai 3 Mei 2016 pengguna diminta untuk menggunakan kod bank yang baru bagi setiap transaksi Bank Simpanan Nasional – SPI. Antara yang terlibat adalah proses bayaran melalui Electronic Fund Transfer (EFT) bagi akaun Gaji EFT BSN dan juga semua pembayaran kepada Akaun Bank BSN (Islamic) seperti pembayaran APC, SSP, BSN dan lain-lain.

Unit Akaun
JANM Negeri Sarawak


PENGGUNAAN WARAN UDARA MANUAL DAN LPO MANUAL

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Kepada semua PTJ

Tuan , puan
Untuk makluman disebabkan masalah system e-spkb, sekiranya PTJ memerlukan pengeluaran Pesanan Kerajaan ( LPO) yang segera PTJ dibenarkan menggunakan LPO manual dan waran udara manual sehingga hari Ahad 24 April sahaja.  Manakala untuk waran peruntukan yang diterima pada hari rabu 20 April 2016 sehingga 22 April 2016 , PTJ boleh menghantar waran peruntukan manual ke JANM untuk di kunci masuk sebelum pesanan kerajaan dikeluarkan,

sila cetak maklumat ini untuk dikepilkan bersama-sama dokumen manual . PTJ dinasihatkan untuk log in e-spkb sekiranya system telah boleh digunakan semula , tiada lagi dokumen manual diberikan..

klik disini untuk cetak