Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2013
Tuan/Puan,
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkkan bahawa tarikh akhir penghantaran Borang Perubahan Gaji (SG20) Tahun 2013 ke JANM Negeri Sarawak telah ditetapkan seperti di Lampiran A1 di bawah. Kerjasama tuan/puan diminta untuk mematuhi tarikh akhir tersebut agar bayaran gaji dapat diproses mengikut jadual yang ditetapkan.
3. Tarikh dan peraturan pembayaran gaji tahun 2013 telah ditetapkan melalui Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 4 Tahun 2012. Bagi tujuan pengurusan pembayaran gaji pegawai lantikan baru atau bertukar dalam perkhidmatan awam pula , sila rujuk Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 Tahun 2012.
Sekian, terima kasih.
Unit Gaji, JANM Negeri Sarawak.
Lampiran A1 – Jadual Penghantaran SG20 2013