Feb 01 2016

Anugerah Pekerja Contoh Bulan November dan Disember 2015

Nov Dis 2015Setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Norbaizura binti Ishak  dari Unit Wang Tak Dituntut dan Puan Salina binti Awang dari Unit Akaun yang telah dipilih untuk menerima Anugerah Pekerja Contoh bagi Bulan November dan Disember 2015. Semoga segala usaha dan contoh yang diberikan akan terus berpanjangan dan dijadikan panduan kepada seluruh warga JANM Negeri Terengganu.

Jan 04 2016

Jadual Pembayaran Gaji Tahun 2016

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan Pekeliling ANM bil.3 Tahun 2015 adalah berkaitan.

Berikut dilampirkan Jadual Pembayaran Gaji Tahun 2016 bagi tindakan dan perhatian tuan selanjutnya.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan Puan Norasikin binti Nordin di talian 09-6278207 dan Puan Nanaimah binti Abdul Kohar di talian 09 – 6278208.

Sila rujuk lampiran edaran disini jadual gaji tahun 2016

Sekian, terima kasih.

Dec 06 2015

Bayaran Khas Contract For Service Tahun 2015

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas .

Dimaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia bersetuju untuk memberi Bayaran Khas Contract For Service kepada semua individu contract for service tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan.  Sila rujuk surat edaran untuk maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan Puan Norasikin binti Nordin di talian 09-6278207 dan Puan Nanaimah binti Abdul Kohar di talian 09 – 6278208.

 

Sila rujuk surat edaran DISINI

Sekian, terima kasih.

 

Dec 06 2015

Pengemaskinian Bilangan Tanggungan Bagi Pengiraan PCB Tahun 2016

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas .

Selaras dengan pembentangan Bajet 2015, dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Negeri Terengganu di dalam proses mengemaskini bilangan tanggungan bagi tujuan pengiraan potongan Cukai (PCB) mulai Tahun 2016 (bagi Tanggungan 6 dan ke atas sahaja.  Sila rujuk surat edaran untuk maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan Puan Norasikin binti Nordin di talian 09-6278207 dan Puan Nanaimah binti Abdul Kohar di talian 09 – 6278208.

 

Sila rujuk surat edaran

KLIK DISINI

KLIK DISINI

 

Sekian, terima kasih.

Dec 01 2015

PEMBAYARAN BAYARAN KHAS KEWANGAN (BKK) TAHUN 2015

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2015 serta Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 5 Tahun 2015.

Dimaklumkan bahawa Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500.00 akan diproses dan dibayar pada 04 Januari 2016. Sehubungan itu, dimohon semua Jabatan / PTJ untuk membuat semakan terhadap senarai nama penerima BKK yang akan diemelkan dan memaklumkan kepada jabatan ini sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan pindaan (sekiranya ada).

Senarai nama penerima BKK yang telah disemak dan disahkan oleh Ketua Jabatan hendaklah dikemukakan semula secara emel dan hardcopy kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia selewat-lewatnya pada 06 Disember 2015.

Kerjasama dan tindakan segera daripada pihak tuan amatlah diharapkan bagi melancarkan proses pembayaran BKK. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, sila berhubung dengan Puan Norasikin binti Nordin di talian 09-6278207 dan Puan Nanaimah binti Abdul Kohar di talian 09 – 6278208.

Sekian, terima kasih.

 

Older posts «

HTML Snippets Powered By : XYZScripts.com